Showing posts with label TEMA. Show all posts
Showing posts with label TEMA. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

**EPILOG**

Anganku untuk menceburi bidang perniagaan akhirnya tercapai. Hakikat memang gembira namun ternyata bukan semudah yang ku fikirkan. Aku sangat meminati bidang ini dan acap kali terbayangkan diri menjadi ahli pernigaan terkenal. Besar angan-anganku tetapi kini aku dapat buktikan aku sudah berani mengatur langkah ke arah itu. Meskipun baru 3 tahun, diriku sudah pernah mengalami kejatuhan kemudian kebangkitan dan kejayaan. Betullah kata orang, dalam menempuh kejayaan pasti ada jatuh bangunnya. Terkadang ku berfikir sampai bila aku mampu bertahan? walaupun belum ku temui jawapannya ,diri cuba untuk bertahan sebaik mungkin. Mungkin diriku belum berjaya sepenuhnya tapi insyaAllah nanti jika diberi peluang dan kesempatan masa, pasti boleh peroleh kejayaan yang lagi besar. Apa yang paling penting sekarang merangka strategi dan tidak berputus asa. Hidup ini tiada pengakhirannya. Hidupku bukan cerita novel yang penghujungnya bahawa setelah aku memiliki apa yang aku inginkan, cerita akan berakhir seperti itu. Berpijak di atas dunia yang nyata kerana tak selamanya kita memiliki sesuatu itu. Banyak perkara perlu diusahakan lagi. 

**PROLOG**


Image result for CERITA HIDUPKU



Suatu ketika , terkadang diriku merenung ke langit dan berfikir apa akan berlaku jika aku menceburi ‘Online Business’? Sampai tahap manakah akan ku capai angan dan impiaku? Siapa bakal membantu aku bangkit ketika aku jatuh? Dari mana harus ku pelajari bidang ini?

Terdetik semula samada aku sekadar memasang angan-angan atau sememangnya aku mampu memberanikan diri membuat keputusan sendiri dalam perkara ini? Satu per satu dugaan yang bersilih ganti datang ketika aku mula mengorak langkah. Mungkinkah aku terlalu memandang rendah apa akibat aku melakukan sesuatu perkara ini? Perkara itu? Mungkin aku perlu berfikir sejenak dan menilai semula apa yang telah aku lakukan dan apa yang bakal ku tempuhi?


Sunday, 6 December 2015

SINGKATAN S.A (SUKA AIS)

AIS ?
Ya.

Sha penggemar minuman sejuk berais batu. Tak kira bila atau dimana sahaja, minuman sha mesti ada ais. Bagi sha rasa tak lengkap jika tiada ketulan ais didalamnya.

Ais membahyakan kesihatan?
Ais mampu membuatkan kita menghidap beberapa penyakit. Nak lebih info? Meh baca blog ini Maashimaru.

Hakikatnya memang betul tapi bila dah jadi tabiat, sangatlah sukar untuk sha buang tabiat campurkan ais dalam minuman. Kekadang sha akan kunyah makan begitu sahaja, seolah-olah macam makan gula-gula. Selain ketulan ais batu, sudah tentu sha ini penggemar aiskrim. Apa jua jenis ais pastinya sha sukakannya. 

Lebih selamat jika kita buat bekukan air menjadi ais sendiri berbanding kita beli kerana belum tentu yang kita beli mereka menggunakan air yang bertapis atau air minuman untuk membuat ketulan ais.

M = MINUMAN PELIK !

Jika tadi cerita MAKANAN PELIK, sekarang kita kongsi minuman pula. Bila ada makanan, mestilah ada minuman, nanti tercekik pula kalau tiada. Hihi.

Ah bestkan tajuk kali ini. Mesti ramai tertanya-tanya apa antara minuman pelik yang sha akan paparkan. Mungkin bagi anda ,minuman ini bukan pelik tetapi bagi sha cukup pelik. 
Ada yang tak dapat digambarkan. Ada yang dah sha cuba buat sendiri dan menjadi minuman kegemaran. Tapi ada yang perasa berkombinasi pelik tapi sedap. Serius sedap.

PELIK TAPI SEDAP?

Stay tuned!
1
2
3

Taraahh.. Mempekenalkan 5 minuman pelik bagiku.. Kalau nak lebih info, tanya pak ‘Google’ , taip nama minuman tersebut, keluar bermacam info.


Monday, 23 November 2015

EMOSI ??


Luas skop untuk gambaran emosi. Kita sebagai manusia biasa tak lari dari pelbagai jenis emosi. Emosi selalunya dikaitkan dengan reaksi kita terhadap sesuatu perkara atau kejadian. 


Kebelakangan ini, emosi sha agak terganggu , mungkin disebabkan faktor  tertekan dengan keadaan sekeliling.Biasalah bila musim peperiksaan pertengahan, dengan banyak projek akhir perlu disiapkan termasuklah projek kumpulan, keadaan di rumah, kelam kabut dengan bisnes dan sebagainya membuatkan sha rasa agak letih dan tertekan. Jangan hairan jika sha kekadang terlebih emosi jadinya. Sebenarnya, sha akui perkara ini terjadi disebabkan kelalaian dan silap sha sendiri dalam pengurusan masa.  Bila diri sha lebih dikuasai dengan emosi marah dan tertekan, sha cenderung untuk tidur untuk jangka masa yang panjang. Badan sha akan rasa tak bermaya dan lesu.

Tuesday, 10 November 2015

CUTI ..


YEAAHHHHH !!!!!!!

Bestnya cuti bolehlah berehat..
Siapa tak suka cuti kan.. Hihi



Ok apa planning untuk sepanjang cuti ini? Seminggu tu agak lama juga, amcam-macam boleh buat.

Monday, 9 November 2015

~NAFSU~

Apa yang korang terbayang bila sebut perkataan ‘NAFSU’?
Ah mesti ada yang ‘otak kuning’ fikir bukan-bukan. Hihi kantoi !
Takrifan nafsu bukan sahaja dikaitkan dengan elemen seks, banyak aspek berkaitan lagi dengan nafsu.

Ketika anda stress, apa yang anda lakukan?

Sha akan makan, makan, dan makan tanpa sha sedar sha dah makan banyak sebenarnya. Hihi kuatnya nafsu makan sha kan. Tahap kritikal bila ini berlaku. Namun ini adalah hakikat yang berlaku kepada segelintir orang seperti kita. Inilah cara sha melegakan diri ketika stress.

Kenapa sha tak menggemuk sangat walaupun nafsu makan sha kuat? Amboi.. Asal kuat makan je , mesti dikaitkan degan badan besar, tak semestinya. Bergantung pada cara pemakanan dan metabolisme badan seseorang.

Persoalannya, kalau seseorang itu memang nafsu makan dia kuat macam mana?

Itu sudah pasti time dia stress, lagi berganda dia kuat makan atau mungkin sahaja individu tersebut mempunyai cara tersendiri menangani stress. Di sini sha sertakan sekali beberapa tips  'TANGANI STRESS ANDA !!'  

Thursday, 5 November 2015

MAKANAN *Jalan-jalan cari makan*

Anda lapar?
Anda tak tahu dimana nak makan?

Hujung minggu sekali sekala jalan-jalan cari makan di sekitar Bandar Baru Bangi bersama keluarga atau rakan-rakan apa salahnya. Asyik terperuk di rumah dan makan makanan yang sama, mesti bosankan, so Jom kita terokai dan jalan-jalan cari makan di Bandar Baru Bangi.

Tahukah anda semua Bangi terkenal dengan kepelbagaian kedai makanan dari jenis masakan Melayu, Penang, Indon, Mamak, Western, Arab, Korean, Jepun, Thai dan sebagainya. Banyak tempat makan yang boleh dilawati di sekitar Bandar Baru Bangi. Tak rugi datang sini. Ada yang unik & menarik.

Ini antara tempat yang sha pernah pergi dan cadangkan untuk anda semua mencuba makanan-makanan ini. 

yummyy..

Tuesday, 3 November 2015

SESAL -- , --

Lab test?
Susah ke?
Huhu. Sebenarnya tak susah jika tak ‘blurr’ di saat akhir.

Masa awal-awal buka soalan lab test, terfikir sejenak mengapa ku rasakan seperti kenal bentuk soalan ? Tapi sha pun try tidak seberapa mengendahkan sehinggalah sir sendiri Tanya biasa tak nampak bentuk maklumat soalan tu?
Barulah sha yakin tu memang idea tugasan mail merge sha yang pernah hantar kepadanya.

Ketika menyiapkan lab test, agak cuak dan cemas, sehinggakan buat perlahan-perlahan untuk pastikan tiada kesilapan. Disebabkan perasaan cemas, membuatkan sha terlupa beberapa ‘step’ aatau ‘formula’ lagilah tambak cuak. Ditambah dengan kesejukan dalam bilik computer itu membuatkan sha jadi tidak boleh fokus, siap menggigil dah. Maaflah tetapi sha agak sensitive sikit dengan suhu sejuk ini. Alahai kalau macam ini, memang payahlah kalau travel ke negara sejuk. Hihi.


Monday, 19 October 2015

MENTOR




Secara realitinya, Sha tidak dapat sebarang mentor (penasihat/pemantau) di UKM ini. Sedihlah juga rasanya. Mungkin disebabkan Sha masuk ke fakulti ini bukannya semasa tahun satu. Its nevermind.

Siapa kata Sha tiada sebarang mentor?


10.10


Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa tajuk post kali ini pelik? Apa makna disebalik simbolik ini? Inilah tema tugasan baru kami. Sebenarnya tiada idea kenapa tema ini diberikan. Apa yang Sha gambarkan ?

TARIKH 10 OKT

Apa yang berlaku 10 Oktober baru-baru ini ?
Ø  HARI SUKAN NEGARA
Ø  JALAN-JALAN BERSAMA ORANG TERSAYANG
Ø  HARI ULANGTAHUN

Oppss.. Hihi tercakaplah pula
Ada kaitan tu semua event yang Sha senaraikan di atas.. Cuba teka ..
Hari Sukan Negara berlansung so my future husband cuti dan turun KL melawat. Terharulah juga dia sanggup datang walaupun kami dah berjauhan. Dia dah mula bekerja dan akan konvo bulan November ini. Jelesnyaa.. Syukur Alhamdulilah dia berjaya habiskan pengajian. Seperti biasa, luangkan masa seharian bersamanya dan sudah pasti anak buahku, Aisyah Junior pun ikut serta. Dia memang suka kacau daun. Hihi.


BEBAN



Beban jika ditakrifkan secara jelas dan nyata semua orang boleh memahami maksud beban. Sedar atau tidak , sebenarnya kita acap kali menerima dan memberi beban kepada diri dan juga orang disekeliling kita. Beban sangat luas pengertiannya daripada pelbagai sudut. 


Contohnya :
ü  BEBAN SARA HIDUP
ü  BEBAN KEWANGAN
ü  BEBAN AKADEMIK
ü  BEBAN PERANAN DALAM KELUARGA
ü  BEBAN PERANAN DI TEMPAT KERJA
ü  Dan banyak lagi aspek elemen berkenaan beban.


Sunday, 18 October 2015

OBSES




Obses terhadap apa?
Cuba teka..

Obses kepada TRAVEL & ONLINE BUSINESS

Betul ke?

Betul. Berdasarkan penilaian terhadap diri sendiri, begitulah diriku yang terlalu obses dengan percutian melancong. AKU SEORANG KAKI MELANCONG. Aku suka sangat bercuti di tempat-tempat seperti pantai, pulau & yang ada kaitan dengan alam semulajadi. Memang best dan menenangkan.




Korang percaya tak tahun ini sahaja aku melancong dah lebih 10 kali dalam dan luar negara. Sanggup tu kumpul duit semata-mata untuk pergi bercuti. Takpelah asalkan tak minta duit kat mak bapa untuk hal ini, usaha sendiri dapatkan dan kumpul duit poket . Hihi..Raya baru-baru ini kami ke Pulau Sipadan ,Semporna alang-alang balik kampung beraya, 'sambil menyelam minum air' katakan. Kadang-kadang kami backpack je, jimat. Nanti Sha update post percutian dan tempat-tempat menarik yang kami lawati ya. Jangan jeles. Hihi.Tapi apa pun, kalau nak pergi bercuti, kena rancang betul-betul terutama yang diluar negara, nanti sia-sia kena cas mahal . Ini berdasarkan pengalamanku sendiri semasa di Krabi tahun lepas. Rasa obsesku ini dikongsi bersama dengan beberapa orang rakanku yang mempunyai minat yang sama. Sekarang nak kumpul duit untuk percutian ke Korea, insyaAllah awal tahun depan. Jangan jeles. Hihi jom join kami, pergi ramai-ramai lagi best.. Tapi kan di Malaysia pun sangat banyak tempat menarik boleh dilawati di Malaysia. Contohnya, pulau-pulau di Sabah, Cameron, Genting highlands, Langkawi & banyak lagi. Sesiapa nak info khas berkenaan bagpackers boleh join group fb ini, memang banyak info boleh diperolehi : Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Sedikit panduan untuk anda yang ingin melancong :