Tuesday, 22 December 2015

KESAL - PENGURUSAN PRODUK?

Sha ingin berkongsi cerita daripada pengalaman sha sendiri dalam menajdi stokis produk minyak wangi yang menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini. Sha bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa cuma sekadar luahan perasaan mengenai pengurusan tersebut. Sha sedar hakikatnya sha masih seorang pelajar dan masih banyak perlu dipelajari berbanding dengan artis tersebut owner kepada produk itu yang telah mencapai jualan cecah jutaan ringgit tapi adakah disebakan ingin mengaut keuntungan yang begitu tingi sehingga pengurusan mereka menjadi tidak teratur? Produk yang banyak permintaan mungkin disebabkan harganya yang murah dan dimiliki oleh selebriti terkenal tapi menyusahkan dan membuat orang lain bengang?

Produk apa ini??


Permintaan melebihi penawaran? Kenapa pihak pengurusan tetap mengambil semua tempahan ‘pre-order’ tanpa meletakkan limit maximum order setiap bulan? Entah dimana silapnya tapi yang menanggung akibat pengurusan seperti itu adalah stokis dan agen. Rasa kasihan melihat stokis dan agen dikecam oleh pelanggan akibat delay yang begitu lama sehingga 3 bulan. Tidak salah rasanya sebagai pihak pengurusan untuk tampil ke depan dan memohon maaf bukannya menuding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan atas isu tersebut. Kenapa perlu keluarkan kuantiti sebegitu banyak tetapi kualiti produk dan kualiti pengurusan tetap tidak dijaga?


Menjadi seorang stokis atau seller memang memerlukan kesabaran yang tinggi dengan pelbagai ragam pelanggan. Sesungguhnya memang serik menjadi jual produk tersebut walaupun banyak permintaan , bukannya putus asa tetapi sekiranya perkara ini berlaku lagi, pasti rasa stress sangat. Bayangkan pre-order 500 botol mencecah nilai RM10K ke atas dan bila isu delay terjadi dimana harus dicari ganti untuk refund duit pelanggan. HQ selalunya akan lepas tangan, tidak membenarkan batalkan tempahan  dan mengatakan minta bersabar tetapi membuat kenyataan dan menabur janji stok akan sampai tarikh berikut namun hanya tinggal janji kosong. 

Pengajarannya :
  • Tidak kisah anda selebriti apapun, jangan sesuka hati keluar kenyataan mempersalahkan pihak lain.
  • Tidak kisah anda seorang jutawan atau ahli perniagaan Berjaya pun, akan ada masanya anda boleh jatuh disebabkan lepas tangan seperti ini.
  • Tidak kisah anda ingin mengaut  keuntungan lebih, tetapi kualiti perlu dijaga.
  • Anda seorang owner produk, tidak sepatutnyalah boleh keluar kenyataan anda tidak tahu menahu akan isu ini bahawa bukan anda yang uruskan.
  • Jika ingin kekal dalam perniagaan, hargai agen stokis dan pelanggan kerana mereka sumber rezeki anda.

No comments:

Post a Comment