Monday, 19 October 2015

BEBAN



Beban jika ditakrifkan secara jelas dan nyata semua orang boleh memahami maksud beban. Sedar atau tidak , sebenarnya kita acap kali menerima dan memberi beban kepada diri dan juga orang disekeliling kita. Beban sangat luas pengertiannya daripada pelbagai sudut. 


Contohnya :
ü  BEBAN SARA HIDUP
ü  BEBAN KEWANGAN
ü  BEBAN AKADEMIK
ü  BEBAN PERANAN DALAM KELUARGA
ü  BEBAN PERANAN DI TEMPAT KERJA
ü  Dan banyak lagi aspek elemen berkenaan beban.



Kali ini Sha akan berkongsi cerita perihal kehidupan Sha sendiri. Sha bukan datang daripada keluarga berada dan ibu bapa Sha sudah lama tidak bekerja. Kehidupan di kampus kadang-kala memerlukan kita mengeluarkan wang samada kegunaan makan minum, aktiviti & pelajaran. Sha meneruskan pengajian di Universiti atas bantuan sokongan kewangan daripada keluarga. Secara tidak langsung, kita sebenarnya memberi beban kepada mereka untuk menyara keperluan pembelajaran kita. Manakala ada antara kita juga rasa terbeban dengan tanggungjawab yang dipikul untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Tidak dinafikan, Sha pun tergolong dalam kategori tersebut, tekanan pasti dirasai. Namun agak rasa segan dan rasa diri membebankan sekiranya kita asyik mengharapkan bantuan kewangan daripada ibu bapa. Hakikatnya, Sha juga sedar mereka memikul bebanan menyara abang sulung Sha yang sakit buah pinggang dan tidak bekerja. Disebabkan keadaan tersebut, Sha memilih jalan untuk bekerja sambilan. Sebenarnya agak memenatkan namun menyeronokkan kerana pelbagai pengalaman kita dapat perolehi. Sha sedar hakikat Sha pernah terleka dengan mengabaikan pelajaran mungkin kerana Sha menganggap belajar itu sebagai suatu beban sebelum ini. Sha pernah jatuh bangun dalam bidang akademik dan juga bidang perniagaan bukan sekali, tetapi itu tak bermaksud kita akan terus terjunam ke dalam gaung tersebut. Apa yang Sha boleh ambil ikhtibar, sekiranya Sha tidak Berjaya dalam bidang akademik , itu pastinya akan mengecewakan  ibu bapa Sha kerana Sha anak bongsu dalam keluarga harapan terakhir mereka, selama ini Sha telah membebankan keluarga Sha terutama keluarga kakak Sha bersusah payah membantu Sha untuk bangkit, membantu Sha dikala Sha kesempitan duit. Jutaan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan Sha. Sayang kamu semua.

Dari sudut seorang pelajar pula, Mungkin kita lihat kehidupan pelajar  ini enjoy, kalau cuti boleh melancong sana-sini. Tapi hakikatnya tak semua macam tu. Biasiswa atau pinjaman cukup-cukup makan, dan lepaslah untuk berbelanja sikit-sikit dan kalau nak digunakan untuk melancong itu akan berfikir 2,3 kali. Nak dekat exam, tengok muka masing-masing dah macam zombie sebab bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran. Nak kata tidak study awal, saya pernah cuba study awal tapi tetap bertungkus lumus di saat akhir. Mungkin juga kerana sha ni jenis lambat tangkap apa yang saya baca.

Menyesal? 

Sha tidak menyesal sebab saya dah lebih dari separuh perjalanan. No turning back. Sha taknak bayar duit pinjaman 100% sebab alasan letih semata-mata. Saya selalu cerita ke mak sha, seandainya hidup sha ada CCTV, saya nak mak saya tengok 24 jam hidup sha selama seminggu. Pasti dia akan menangis kesian kepada sha. Bebanan tugasan dan projek yang banyak, soalan tutorial yang menguji minda. Mungkin dengan tekanan hidup ini sedikit mematangkan diri kita. Stress itu baik untuk diri cuma jangan berlebihan. Bagi adik-adik yang bercita-cita nak masuk universiti, fikir masak-masak dahulu. Sediakan fizikal dan mental terlebih dahulu. Perlu hidup berdikari dari semua aspek. Mungkin untuk 4 tahun akan datang keadaan  tidak seteruk sekarang kerana jumlah lepasan ijazah dah ramai. Tapi mungkin juga masih sama seperti sekarang. Semoga kebajikan para mahasiswa di Malaysia diambil berat pihak berwajib. 

Agihan masa memang sangat penting dalam Sha menguruskan bidang akademik dan bidang perniagaan Sha sekaligus. Alhamdulilah, setelah beberapa ketika, Sha mampu berdiri berdikari mampu menabung, membayar yuran pengajian sendiri dan membeli segala keperluan tanpa perlu merasa diri membebankan sesiapa.
Sekiranya berkenaan bebanan kewangan, sebenarnya banyak cara kita boleh atasi. Jangan sampai kita meminjam daripada ‘along @ ceti haram’ atau melakukan perkara tidak betul untuk mendapatkan wang. Saranan Sha , jika anda ingin menceburi apa jua bidang perniaag, elakkan berhutang dengan pihak tidak sepatutnya atau pihak bank. Biarlah menggunakan duit simpanan anda sendiri.

p/s : Semoga suatu masa nanti, kita semua mendapat pekerjaan yang elok setimpal dengan bebanan kita sebagai seorang pelajar. Masa berjalan tanpa kita sedari, suatu masa nanti kejayaan itu pasti milik kita.




By,
Echa Syachah

No comments:

Post a Comment