Obses terhadap apa?
Cuba teka..
Obses kepada TRAVEL & ONLINE BUSINESS
Betul ke?
Betul. Berdasarkan penilaian terhadap diri sendiri,
begitulah diriku yang terlalu obses dengan percutian melancong. AKU SEORANG KAKI MELANCONG. Aku suka sangat
bercuti di tempat-tempat seperti pantai, pulau & yang ada kaitan dengan
alam semulajadi. Memang best dan menenangkan.
Korang percaya tak tahun ini sahaja aku melancong dah lebih
10 kali dalam dan luar negara. Sanggup tu kumpul duit semata-mata untuk pergi
bercuti. Takpelah asalkan tak minta duit kat mak bapa untuk hal ini, usaha
sendiri dapatkan dan kumpul duit poket . Hihi..Raya baru-baru ini kami ke Pulau
Sipadan ,Semporna alang-alang balik kampung beraya, 'sambil menyelam minum air' katakan. Kadang-kadang kami backpack je, jimat. Nanti Sha update post percutian dan tempat-tempat menarik yang kami lawati ya. Jangan jeles. Hihi.Tapi apa pun, kalau nak pergi
bercuti, kena rancang betul-betul terutama yang diluar negara, nanti sia-sia
kena cas mahal . Ini berdasarkan pengalamanku sendiri semasa di Krabi tahun
lepas. Rasa obsesku ini dikongsi bersama dengan beberapa orang rakanku yang
mempunyai minat yang sama. Sekarang nak kumpul duit untuk percutian ke Korea,
insyaAllah awal tahun depan. Jangan jeles. Hihi jom join kami, pergi
ramai-ramai lagi best.. Tapi kan di Malaysia pun sangat banyak tempat menarik
boleh dilawati di Malaysia. Contohnya, pulau-pulau di Sabah, Cameron, Genting
highlands, Langkawi & banyak lagi. Sesiapa nak info khas berkenaan
bagpackers boleh join group fb ini, memang banyak info boleh diperolehi : Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Sedikit panduan untuk anda yang ingin melancong :
Diriku juga minat & obses la katakan dengan bidang
'Online business'.. Sebab itulah Sha menceburi bidang perniagaan online ini.
Best tahu tak. Banyak pengalaman boleh dapat. Sesiapa yang belajar ambil jurusan 'marketing' bolehlah berjinak-jinak dengan perniagaan online sebab melatih cara
memasarkan sesuatu produk, menguruskan tempahan pelanggan & banyak lagi.
Setiap hari Sha akan 'promote' barang-barang jualan & cari peluang bisnes
atau belajar cara-cara orang pasarkan barangan di media sosial. Tapi
kadang-kadang bahaya juga obses terhadap ini, mendatangkan kelekaan. Hihi. Nasiblah Sha bukan jenis obses kepada jenis apps online yang lain seperti games ,lain payah. Tak kira kita minat atau obses terhadap apa pun , jangan sampai terlalu leka sehingga mengabaikan perkara lain yang lebih penting.
Pesanan kepada diri sendiri dan juga yang lain, sekiranya anda kaki melancong dan kaki shopping ke, kena pandai kawal diri dan ikut kesesuaian kemampuan masing-masing. Jangan sampai berhutang semata-mata untuk mendapatkan sesuatu barangan @ perkara itu.




