Sunday, 6 December 2015

MAKANAN PELIK !


Sebenarnya banyak makanan pelik yang telah dicipta dan direka tapi yang pelik itulah yang menjadi igauan penggemar makanan. Tak percaya? Anda patut jalan-jalan cari makan bila anda ada masa terluang, memang menarik tertarik kalau anda semua dapat jumpa makanan pelik tapi SEDAP..

Nama pun pelik, mestilah rasa pun pelik. Jangan hairan!

Anda dibenarkan mencuba resepi makanan ini di rumah tetapi jika perut memulas ke meragam kea pa, jangan salahkan sha ye. Hihi

ü  MAGGI KARI AYAM MILO
Masa sha mula-mula makan memang rasa loya tekak tapi bila lama-kelamaan, rasanya sedap. Anda bayangkan anda makan maggi kari bersama air milo. Sama je rasa.\

ü  MURTABAK MAGGI
Murtabak biasa tapi berinitikan maggi yang telah digoreng. Sekali makan memang tak cukup.

ü  AISKRIM COKLAT CILI PADI (atau aiskrim perasa lain yang digabungkan bersama cili padi yang telah dikisar)
Kepedasan melanda? Jangan risau tak pedas kecuali anda terlebih letak ciili padi. Cili padi yang telah dikisar dicampur bersama aiskrim berperasa. Aiskrim anda akan berasa seperti mint.

ü  NASI GANJA
Takutnya nak makan nasi ini. Ada campuran dadah bahan terlarang ke? Semestinya TAK ! Mungkin juga digelar nasi ganja disebabkan selepas mencubanya sekali pasti anda tertagih.

ü  BELUT CHEESE
Sejujurnya sha tak suka makan ini sebab belut agak meloyakan sha walaupun sos keju yang sedap menjilat jari. Dari segi luaran sekali pandang, tak rasa nak cuba pun sebab memang dah rasa geli tekak tapi bagi penggemar belut pastinya sedap bagi mereka.


SELAMAT MENCUBA!!