FINAL EXAM
Takutnya?
Menggigil? Gementar? Rasa tidak bersemangat? Tidak bersedia?
Inilah
yang ku rasakan sekarang.
Bagaimana
untuk memotivasikan diri?
Maka ,
mulalah jari jemariku menekan papan kekunci mencari tips daripada ‘pak Google’. Meh sha
kongsikan hasil dapatan sha . Banyak tips, juling mata sekejap.
Bagi yang dah tak sabar2 nak pastikan hari
ini lebih baik daripada semalam, satu perkara yg wajib kita buat ialah
muhasabah diri. Namun, kalau sebut muhasabah ni terkadang buat kita lagi down
daripada bersemangat.
Puncanya mudah, ada sedikit salah faham & silap teknik yg kita
amalkan selama ni.
Apa cara yg sepatutnya?
Kena lah tonton video ni CARA MUHASABAH DIRI
Sesiapa yg amalkan 3 tips dalam video ni setiap kali muhasabah;
semestinya anda excited nak bangun pagi keesokan harinya.
Inginkan tips lain?
1.
Kenal pasti apakah
yang menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan fikirkan langkah terdekat yang anda patut
lakukan untuk mengembalikan atau meningkatkan motivasi diri anda.
2.
Baca buku motivasi terutamanya
biografi orang-orang yang berjaya.
3.
Membuat atau mengkaji semula
perancangan kerja
atau hidup anda.
4.
Menghadiri seminar atau ceramah
motivasi.
5.
Mendirikan sembahyang /
solat khusus khusus untuk mendapat taufik, keampunan, petunjuk serta kekuatan
dari Allah S.W.T. Berdoa dan
memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
6.
Tulis
Impian Anda SETIAP HARI. Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Apa
yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu
pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan
lakukannya setiap hari.
7.
Bermain musik kegemaran
anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta
suatu musik atau lagu yang hebat!
8.
Menatap gambar-gambar yang
dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
Adakah anda ada Vision
Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai
dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu ditampal pada dinding
atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan
visualisasi / bayangkan setiap hari.
9.
Kisah
Inspirasi Orang lain. Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk
memotivasi diri sendiri.Bacalah
cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya.
Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari
video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.
10.
Bermeditasi setiap
malam sebelum tidur. Fikirkan sejenak apa yang telah anda lakukan dan apa yang
akan anda lakukan di hari esok.

No comments:
Post a Comment