Sunday, 6 December 2015

SINGKATAN S.A (SUKA AIS)

AIS ?
Ya.

Sha penggemar minuman sejuk berais batu. Tak kira bila atau dimana sahaja, minuman sha mesti ada ais. Bagi sha rasa tak lengkap jika tiada ketulan ais didalamnya.

Ais membahyakan kesihatan?
Ais mampu membuatkan kita menghidap beberapa penyakit. Nak lebih info? Meh baca blog ini Maashimaru.

Hakikatnya memang betul tapi bila dah jadi tabiat, sangatlah sukar untuk sha buang tabiat campurkan ais dalam minuman. Kekadang sha akan kunyah makan begitu sahaja, seolah-olah macam makan gula-gula. Selain ketulan ais batu, sudah tentu sha ini penggemar aiskrim. Apa jua jenis ais pastinya sha sukakannya. 

Lebih selamat jika kita buat bekukan air menjadi ais sendiri berbanding kita beli kerana belum tentu yang kita beli mereka menggunakan air yang bertapis atau air minuman untuk membuat ketulan ais.