Monday, 19 October 2015

MENTOR




Secara realitinya, Sha tidak dapat sebarang mentor (penasihat/pemantau) di UKM ini. Sedihlah juga rasanya. Mungkin disebabkan Sha masuk ke fakulti ini bukannya semasa tahun satu. Its nevermind.

Siapa kata Sha tiada sebarang mentor?




Sebenarnya ada. Sha ada beberapa MENTOR TERBAIK bagi Sha. Ibu bapa Sha adalah antara mentor yang paling banyak membimbing dan mengajar Sha liku-liku kehidupan. Sha bersyukur sangat kerana dikurniakan ibu bapa yang mampu menjadi pendorong dan pencetus semangat. Dikala Sha jatuh dan berasa lemah, bila teringat akan mereka, rasa sayu di hati bila diri terasa ingin putus asa lantas rassa untuk bangkit semula demi mereka. Mak Sha seorang yang kuat membebel tapi segala bebelannya itulah yang mendidik Sha ke jalan yang betul dan menjadi seorang yang berguna. Banyak sangat nasihat yang diberikan. Mungkin ketika mentor-mentor Sha ini membebel, Sha tidak merassakan lagi kepentingan apa yang diperkatakan, tapi percayalah suatu masa kita akan sedar hakikat bahawa ianya adalah nasihat dan bimbingan terbaik.

Dalam bidang perniagaan pula, Sha mempunyai beberapa orang yang Sha jadikan mentor, pendorong Sha untuk berjaya. Alhamdulilah mereka tidak kedekut ilmu meskipun mereka pengasas produk, pembekal dan pemborong besar. Sha tidak akan mampu bertahan lama dalam bidang perniagaan online tanpa sebarang tunjuk ajar dan bantuan mentor-mentor Sha.

Sha berharap mentor Sha sentiasa dilimpahkan rezeki , mendapat keberkatan dan sentiasa dilindungi kerana diri ini bukan siapa-siapa tanpa mereka. Sha sayang mereka semua. 

Mereka Idola Sha. 
Mereka Guru Sha.
Mereka Aspirasi Sha.
Mereka Pendorong Sha.
Mereka MENTOR Sha.




By,
Echa Syachah

No comments:

Post a Comment