Monday, 23 November 2015

EMOSI ??


Luas skop untuk gambaran emosi. Kita sebagai manusia biasa tak lari dari pelbagai jenis emosi. Emosi selalunya dikaitkan dengan reaksi kita terhadap sesuatu perkara atau kejadian. 


Kebelakangan ini, emosi sha agak terganggu , mungkin disebabkan faktor  tertekan dengan keadaan sekeliling.Biasalah bila musim peperiksaan pertengahan, dengan banyak projek akhir perlu disiapkan termasuklah projek kumpulan, keadaan di rumah, kelam kabut dengan bisnes dan sebagainya membuatkan sha rasa agak letih dan tertekan. Jangan hairan jika sha kekadang terlebih emosi jadinya. Sebenarnya, sha akui perkara ini terjadi disebabkan kelalaian dan silap sha sendiri dalam pengurusan masa.  Bila diri sha lebih dikuasai dengan emosi marah dan tertekan, sha cenderung untuk tidur untuk jangka masa yang panjang. Badan sha akan rasa tak bermaya dan lesu.


Adakah disebakan sha tengah angkat ‘Bendera merah’ ?? Mesti ada tertanya-tanya apa benda tu. Hihi. Itu datang bulan atau period sebenarnya. Perkara biasalah tu hormon tak stabil katakan. Ditambah dengan tekanan lain dan terpaksa melihat dan melayan pelbagai ragam orang di sekeliling, memang menguji kesabaran juga. Harap-haraplah semua ini akan berakhir dengan cepatnya. Tapi kena juga cari jalan penyelesaian untuk kurangkan stress , dengan itu emosi pun akan kembali tenang.

Amalkan doa ini, insyaAllah anda akan lebih rasa tenang.


Kamu semua jangan salah faham , emosi ada pelbagai jenis macam sha katakan  awal-awal, bukan emosi marah sahaja, tengok contoh jenis emosi dalam gambar ini sedikit sebanyak bantu anda semua memahami skop emosi yang selalu kita hadapi dalam kehidupan seharian.


Sekalipun kebanyakan orang menganggap emosi lebih dominan ke perasaan marah atau kesal terhadap sesuatu. Tetapi, jika itu terlalu diluahkan dan tidak dikendalikan akan membawa kesan negatif kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Paling penting bila kita dikuasai oleh emosi negatif, sebaiknya kita cuba terapkan emosi positif dalam diri kita semula. Lakukan perkara seperti  berikut mampu membuat emosi positif anda kembali.
  • Beribadah ( Lakukan solat sunat, berwuduk, berzikir, baca Al-Quran)
  • Keluar beriadah atau bersiar-siar dengan orang tersayang.
  • Tonton cerita lucu
  • Makan makanan kegemaran anda (Jangan terlebih makan)
  • Lakukan hobi anda (Sekiranya anda gemar menyumbang suara,  menyanyilah sehinga rasa puas dan lega)

Untuk lebih tips menangani stress anda, marilah cuba beberapa cara ini yang sha pernah post di blog ini. Tak rugi anda baca TANGANI STRESS ANDA!