Showing posts with label CELOTEHKU. Show all posts
Showing posts with label CELOTEHKU. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

MOTIVASI DIRI

FINAL EXAM
Takutnya? Menggigil? Gementar? Rasa tidak bersemangat? Tidak bersedia?
Inilah yang ku rasakan sekarang.

Bagaimana untuk memotivasikan diri?
Maka , mulalah jari jemariku menekan papan kekunci mencari tips daripada ‘pak Google’. Meh sha kongsikan hasil dapatan sha . Banyak tips, juling mata sekejap.

Bagi yang dah tak sabar2 nak pastikan hari ini lebih baik daripada semalam, satu perkara yg wajib kita buat ialah muhasabah diri. Namun, kalau sebut muhasabah ni terkadang buat kita lagi down daripada bersemangat.
Puncanya mudah, ada sedikit salah faham & silap teknik yg kita amalkan selama ni.
Apa cara yg sepatutnya? 

Kena lah tonton video ni CARA MUHASABAH DIRI
Sesiapa yg amalkan 3 tips dalam video ni setiap kali muhasabah; semestinya anda excited nak bangun pagi keesokan harinya.

Inginkan tips lain?


KESAL - PENGURUSAN PRODUK?

Sha ingin berkongsi cerita daripada pengalaman sha sendiri dalam menajdi stokis produk minyak wangi yang menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini. Sha bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa cuma sekadar luahan perasaan mengenai pengurusan tersebut. Sha sedar hakikatnya sha masih seorang pelajar dan masih banyak perlu dipelajari berbanding dengan artis tersebut owner kepada produk itu yang telah mencapai jualan cecah jutaan ringgit tapi adakah disebakan ingin mengaut keuntungan yang begitu tingi sehingga pengurusan mereka menjadi tidak teratur? Produk yang banyak permintaan mungkin disebabkan harganya yang murah dan dimiliki oleh selebriti terkenal tapi menyusahkan dan membuat orang lain bengang?

Produk apa ini??


Permintaan melebihi penawaran? Kenapa pihak pengurusan tetap mengambil semua tempahan ‘pre-order’ tanpa meletakkan limit maximum order setiap bulan? Entah dimana silapnya tapi yang menanggung akibat pengurusan seperti itu adalah stokis dan agen. Rasa kasihan melihat stokis dan agen dikecam oleh pelanggan akibat delay yang begitu lama sehingga 3 bulan. Tidak salah rasanya sebagai pihak pengurusan untuk tampil ke depan dan memohon maaf bukannya menuding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan atas isu tersebut. Kenapa perlu keluarkan kuantiti sebegitu banyak tetapi kualiti produk dan kualiti pengurusan tetap tidak dijaga?

**EPILOG**

Anganku untuk menceburi bidang perniagaan akhirnya tercapai. Hakikat memang gembira namun ternyata bukan semudah yang ku fikirkan. Aku sangat meminati bidang ini dan acap kali terbayangkan diri menjadi ahli pernigaan terkenal. Besar angan-anganku tetapi kini aku dapat buktikan aku sudah berani mengatur langkah ke arah itu. Meskipun baru 3 tahun, diriku sudah pernah mengalami kejatuhan kemudian kebangkitan dan kejayaan. Betullah kata orang, dalam menempuh kejayaan pasti ada jatuh bangunnya. Terkadang ku berfikir sampai bila aku mampu bertahan? walaupun belum ku temui jawapannya ,diri cuba untuk bertahan sebaik mungkin. Mungkin diriku belum berjaya sepenuhnya tapi insyaAllah nanti jika diberi peluang dan kesempatan masa, pasti boleh peroleh kejayaan yang lagi besar. Apa yang paling penting sekarang merangka strategi dan tidak berputus asa. Hidup ini tiada pengakhirannya. Hidupku bukan cerita novel yang penghujungnya bahawa setelah aku memiliki apa yang aku inginkan, cerita akan berakhir seperti itu. Berpijak di atas dunia yang nyata kerana tak selamanya kita memiliki sesuatu itu. Banyak perkara perlu diusahakan lagi. 

Monday, 23 November 2015

TIKAM !!

Menakutkan tak tajuk kali ini?
Apa yang terlintas di fikiran anda? Tikam orang guna benda tajam? Tikam belakang?

Tapikan otak sha nie tetiba pula terlintas teringat kembali zaman sekolah kita dahulu dengan permainan ‘tikam-tikam’. Haha.

Siapa sini tak tahu dan tak pernah main? Biar betul!

Jom sha perkenalkan serba sedikit permainan ini, kekadang best main sampai boleh ketagih jadinya. Biasalah excited nak dapatkan hadiah. Haha. Biasalah time tu budak-budak lagi. Mak sha dulu marah main permainan ini sebab tak berbaloi dan menghabiskan duit. Jangan marah ya mak. Hihi.

 

EMOSI ??


Luas skop untuk gambaran emosi. Kita sebagai manusia biasa tak lari dari pelbagai jenis emosi. Emosi selalunya dikaitkan dengan reaksi kita terhadap sesuatu perkara atau kejadian. 


Kebelakangan ini, emosi sha agak terganggu , mungkin disebabkan faktor  tertekan dengan keadaan sekeliling.Biasalah bila musim peperiksaan pertengahan, dengan banyak projek akhir perlu disiapkan termasuklah projek kumpulan, keadaan di rumah, kelam kabut dengan bisnes dan sebagainya membuatkan sha rasa agak letih dan tertekan. Jangan hairan jika sha kekadang terlebih emosi jadinya. Sebenarnya, sha akui perkara ini terjadi disebabkan kelalaian dan silap sha sendiri dalam pengurusan masa.  Bila diri sha lebih dikuasai dengan emosi marah dan tertekan, sha cenderung untuk tidur untuk jangka masa yang panjang. Badan sha akan rasa tak bermaya dan lesu.

Tuesday, 10 November 2015

CUTI ..


YEAAHHHHH !!!!!!!

Bestnya cuti bolehlah berehat..
Siapa tak suka cuti kan.. Hihi



Ok apa planning untuk sepanjang cuti ini? Seminggu tu agak lama juga, amcam-macam boleh buat.

Monday, 9 November 2015

~NAFSU~

Apa yang korang terbayang bila sebut perkataan ‘NAFSU’?
Ah mesti ada yang ‘otak kuning’ fikir bukan-bukan. Hihi kantoi !
Takrifan nafsu bukan sahaja dikaitkan dengan elemen seks, banyak aspek berkaitan lagi dengan nafsu.

Ketika anda stress, apa yang anda lakukan?

Sha akan makan, makan, dan makan tanpa sha sedar sha dah makan banyak sebenarnya. Hihi kuatnya nafsu makan sha kan. Tahap kritikal bila ini berlaku. Namun ini adalah hakikat yang berlaku kepada segelintir orang seperti kita. Inilah cara sha melegakan diri ketika stress.

Kenapa sha tak menggemuk sangat walaupun nafsu makan sha kuat? Amboi.. Asal kuat makan je , mesti dikaitkan degan badan besar, tak semestinya. Bergantung pada cara pemakanan dan metabolisme badan seseorang.

Persoalannya, kalau seseorang itu memang nafsu makan dia kuat macam mana?

Itu sudah pasti time dia stress, lagi berganda dia kuat makan atau mungkin sahaja individu tersebut mempunyai cara tersendiri menangani stress. Di sini sha sertakan sekali beberapa tips  'TANGANI STRESS ANDA !!'