Tuesday, 22 December 2015

**PROLOG**


Image result for CERITA HIDUPKU



Suatu ketika , terkadang diriku merenung ke langit dan berfikir apa akan berlaku jika aku menceburi ‘Online Business’? Sampai tahap manakah akan ku capai angan dan impiaku? Siapa bakal membantu aku bangkit ketika aku jatuh? Dari mana harus ku pelajari bidang ini?

Terdetik semula samada aku sekadar memasang angan-angan atau sememangnya aku mampu memberanikan diri membuat keputusan sendiri dalam perkara ini? Satu per satu dugaan yang bersilih ganti datang ketika aku mula mengorak langkah. Mungkinkah aku terlalu memandang rendah apa akibat aku melakukan sesuatu perkara ini? Perkara itu? Mungkin aku perlu berfikir sejenak dan menilai semula apa yang telah aku lakukan dan apa yang bakal ku tempuhi?



Diriku sangat meminati dunia perniagaan. Tapi bukanlah yang secara teori kerana hakikatnya diriku lemah bila bab akademik. Aku pernah terfikir adakah tanpa sebarang pengetahuan teori,aku tidak mampu mengorak langkah ke hadapan dan berjaya menceburi bidang ini secara realitinya? Keluargaku sendiri mempertikaikan kalau sekadar nak buat bisnes tidak perlu sampai ke menara gading hanya untuk mempelajarinya. Adakah tanggapan mereka ini memang betul atau tidak? Diriku dilanda satu dilemma suatu ketika dahulu waktu diriku memijakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku ingin membuktikan sesuatu tetapi diriku sediri tidak yakin dimana penghujungnya sebuah perjalanan hidup .sebuah jalan cerita yang masih tidak kelihatan hujung pangkalnya.

Usaha? Apa yang perlu ku lakukan? Berusaha dengan keras? Dimana aku perlu bermula sekali lagi sedangkan aku tiada sebarang sokongan? Hidup terasa terlalu sederhana. Jika anda ingin mencari sesuatu yang hebat tentangku, itu bukanlah diriku kerana aku baru sahaja ingin bermula daripada ‘0’ dan pastinya tidak ku ketahui dimana aku berada 5 tahun 10 tahun akan datang.

Ku pernah tanam satu janji satu azam, aku mampu sebaris dengan nama –nama ahli perniagaan terkenal  suatu masa nanti. Kejayaan tidak datang bergolek kepada kita, kita yang harus mengejar kejayaan. Dalam menempuh pelbagai pengalaman hidu jatuh bangun pastinya aku persiapkan diri untuk tidak terus jatuh hingga ke dasar yang paling bawah.

Image result for pasti boleh

No comments:

Post a Comment