Showing posts with label cerita hidupku. Show all posts
Showing posts with label cerita hidupku. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

KESAL - PENGURUSAN PRODUK?

Sha ingin berkongsi cerita daripada pengalaman sha sendiri dalam menajdi stokis produk minyak wangi yang menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini. Sha bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa cuma sekadar luahan perasaan mengenai pengurusan tersebut. Sha sedar hakikatnya sha masih seorang pelajar dan masih banyak perlu dipelajari berbanding dengan artis tersebut owner kepada produk itu yang telah mencapai jualan cecah jutaan ringgit tapi adakah disebakan ingin mengaut keuntungan yang begitu tingi sehingga pengurusan mereka menjadi tidak teratur? Produk yang banyak permintaan mungkin disebabkan harganya yang murah dan dimiliki oleh selebriti terkenal tapi menyusahkan dan membuat orang lain bengang?

Produk apa ini??


Permintaan melebihi penawaran? Kenapa pihak pengurusan tetap mengambil semua tempahan ‘pre-order’ tanpa meletakkan limit maximum order setiap bulan? Entah dimana silapnya tapi yang menanggung akibat pengurusan seperti itu adalah stokis dan agen. Rasa kasihan melihat stokis dan agen dikecam oleh pelanggan akibat delay yang begitu lama sehingga 3 bulan. Tidak salah rasanya sebagai pihak pengurusan untuk tampil ke depan dan memohon maaf bukannya menuding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan atas isu tersebut. Kenapa perlu keluarkan kuantiti sebegitu banyak tetapi kualiti produk dan kualiti pengurusan tetap tidak dijaga?

**EPILOG**

Anganku untuk menceburi bidang perniagaan akhirnya tercapai. Hakikat memang gembira namun ternyata bukan semudah yang ku fikirkan. Aku sangat meminati bidang ini dan acap kali terbayangkan diri menjadi ahli pernigaan terkenal. Besar angan-anganku tetapi kini aku dapat buktikan aku sudah berani mengatur langkah ke arah itu. Meskipun baru 3 tahun, diriku sudah pernah mengalami kejatuhan kemudian kebangkitan dan kejayaan. Betullah kata orang, dalam menempuh kejayaan pasti ada jatuh bangunnya. Terkadang ku berfikir sampai bila aku mampu bertahan? walaupun belum ku temui jawapannya ,diri cuba untuk bertahan sebaik mungkin. Mungkin diriku belum berjaya sepenuhnya tapi insyaAllah nanti jika diberi peluang dan kesempatan masa, pasti boleh peroleh kejayaan yang lagi besar. Apa yang paling penting sekarang merangka strategi dan tidak berputus asa. Hidup ini tiada pengakhirannya. Hidupku bukan cerita novel yang penghujungnya bahawa setelah aku memiliki apa yang aku inginkan, cerita akan berakhir seperti itu. Berpijak di atas dunia yang nyata kerana tak selamanya kita memiliki sesuatu itu. Banyak perkara perlu diusahakan lagi. 

**PROLOG**


Image result for CERITA HIDUPKU



Suatu ketika , terkadang diriku merenung ke langit dan berfikir apa akan berlaku jika aku menceburi ‘Online Business’? Sampai tahap manakah akan ku capai angan dan impiaku? Siapa bakal membantu aku bangkit ketika aku jatuh? Dari mana harus ku pelajari bidang ini?

Terdetik semula samada aku sekadar memasang angan-angan atau sememangnya aku mampu memberanikan diri membuat keputusan sendiri dalam perkara ini? Satu per satu dugaan yang bersilih ganti datang ketika aku mula mengorak langkah. Mungkinkah aku terlalu memandang rendah apa akibat aku melakukan sesuatu perkara ini? Perkara itu? Mungkin aku perlu berfikir sejenak dan menilai semula apa yang telah aku lakukan dan apa yang bakal ku tempuhi?