Sunday, 6 December 2015

M = MINUMAN PELIK !

Jika tadi cerita MAKANAN PELIK, sekarang kita kongsi minuman pula. Bila ada makanan, mestilah ada minuman, nanti tercekik pula kalau tiada. Hihi.

Ah bestkan tajuk kali ini. Mesti ramai tertanya-tanya apa antara minuman pelik yang sha akan paparkan. Mungkin bagi anda ,minuman ini bukan pelik tetapi bagi sha cukup pelik. 
Ada yang tak dapat digambarkan. Ada yang dah sha cuba buat sendiri dan menjadi minuman kegemaran. Tapi ada yang perasa berkombinasi pelik tapi sedap. Serius sedap.

PELIK TAPI SEDAP?

Stay tuned!
1
2
3

Taraahh.. Mempekenalkan 5 minuman pelik bagiku.. Kalau nak lebih info, tanya pak ‘Google’ , taip nama minuman tersebut, keluar bermacam info.



v  KOPI DURIAN
Kesegaran kopi bersama dengan aroma buah durian. Susah nak dijelaskan bagaimana rasa minuman ini, anda patut mencubanya. Campurkan sahaja jus durian yang dikisar dengan bancuhan kopi susu pekat. Lagi sedap jika betul-betul ada buah durian di dalamnya.
v  PEPSI ICE CUCUMBER
Sekarang pepsi dan 100plus tampil dengan pelbagai variasi perasa. Air pepsi berperasa ice cucumber bagi sha rasa pepsi itu tetap lebih kuat.
v  JUS KELAPA NENAS
Campuran dua buah yang mungkin bagi kita satu air seperti pH beralkali dan satu lagi seperti air berasid. Kombinasi buah yang pelik tetapi lepas minum passti berasa segar.
v  AIR KELAUT
Nama minuman pun kelaut jadi mestilah warnanya pun macam ala-ala air laut. Campuran pelbagai buah-buahan yang dipotong kecil-kecilan membangkitkan 1001 rasa dalam air kelaut (Masam manis masin dan sebagainya).
v  TEH TARIK MASALA
Bukan sebarang masalah tetapi bagi sesiapa yang ada masalah kesihatan sangat disarankan minum minuman ini kerana penuh dengan pelbagai jenis herba rempah ratus. Sedap. Tapi jangan telan herba tersebut.