Menakutkan tak tajuk kali ini?
Apa yang terlintas di fikiran anda? Tikam orang guna benda tajam?
Tikam belakang?
Tapikan otak sha nie tetiba pula terlintas teringat kembali zaman
sekolah kita dahulu dengan permainan ‘tikam-tikam’. Haha.
Siapa sini tak tahu dan tak pernah main? Biar betul!
Jom sha perkenalkan serba sedikit permainan ini, kekadang best main
sampai boleh ketagih jadinya. Biasalah excited nak dapatkan hadiah. Haha.
Biasalah time tu budak-budak lagi. Mak sha dulu marah main permainan ini sebab
tak berbaloi dan menghabiskan duit. Jangan marah ya mak. Hihi.
![]() |
| Antara papan permainan tikam-tikam yang cukup popular suatu masa dulu. Paparan kemasan gambar kartun yang menarik bagi meransang budak-budak supaya terus membelanjakan wang untuk memenangi hadiah. |
Tikam-tikam adalah permainan ‘Guesing games’ yang mana kita perlu
pilih secara rawak dan melihat apa yang tertera di dalam lipatan kertas
tersebut samada kita mendapat hadiah yang mana satu.
Selalunya peniaga dapat untung banyak sebab bayangkan setiap satu
tikaman atau satu cubaan dicas RM0.20-RM0.50 padahal satu papan ikam tu baru
berapa nilainya. Kenapa sha boleh tahu perkara ini? Sha kan dulu ada buka kedai
runcit sendiri di rumah jadi sha tahulah berkaitan harga modal dan keuntungan
daripada permainan ini.
Kekadang lucu dan rasa kesihan juga tengok budak-budak yang main,
berharap sangat dapat hadiah. Sehinggakan ada budak kena marh oleh ibu bapa,
menangis , menjerit kegembiraan bagai. Bergantung pada nasib. Ada papan tikam
yang menawarkan hadiah yang lumayan seperti wang tunai.
Sebenarnya bila difikirkan semula, permainan ini tak elok. Ramai
kata permainan ini seperti satu judi. Sha pun kurang pasti dan tidak arif
berkenaan hal ini. Sha cuma ingin berkongsi pengalaman dan cerita zaman kecil
dahulu kala. Rindunya zaman kecil-kecil dulu, hanya tahu nak main sahaja, tanpa
terbeban dan tertekan seperti sekarang dengan pelbagai hal.

