Monday, 23 November 2015

TIKAM !!

Menakutkan tak tajuk kali ini?
Apa yang terlintas di fikiran anda? Tikam orang guna benda tajam? Tikam belakang?

Tapikan otak sha nie tetiba pula terlintas teringat kembali zaman sekolah kita dahulu dengan permainan ‘tikam-tikam’. Haha.

Siapa sini tak tahu dan tak pernah main? Biar betul!

Jom sha perkenalkan serba sedikit permainan ini, kekadang best main sampai boleh ketagih jadinya. Biasalah excited nak dapatkan hadiah. Haha. Biasalah time tu budak-budak lagi. Mak sha dulu marah main permainan ini sebab tak berbaloi dan menghabiskan duit. Jangan marah ya mak. Hihi.

 

EMOSI ??


Luas skop untuk gambaran emosi. Kita sebagai manusia biasa tak lari dari pelbagai jenis emosi. Emosi selalunya dikaitkan dengan reaksi kita terhadap sesuatu perkara atau kejadian. 


Kebelakangan ini, emosi sha agak terganggu , mungkin disebabkan faktor  tertekan dengan keadaan sekeliling.Biasalah bila musim peperiksaan pertengahan, dengan banyak projek akhir perlu disiapkan termasuklah projek kumpulan, keadaan di rumah, kelam kabut dengan bisnes dan sebagainya membuatkan sha rasa agak letih dan tertekan. Jangan hairan jika sha kekadang terlebih emosi jadinya. Sebenarnya, sha akui perkara ini terjadi disebabkan kelalaian dan silap sha sendiri dalam pengurusan masa.  Bila diri sha lebih dikuasai dengan emosi marah dan tertekan, sha cenderung untuk tidur untuk jangka masa yang panjang. Badan sha akan rasa tak bermaya dan lesu.