Anganku untuk menceburi bidang perniagaan akhirnya
tercapai. Hakikat memang gembira namun ternyata bukan semudah yang ku fikirkan.
Aku sangat meminati bidang ini dan acap kali terbayangkan diri menjadi ahli
pernigaan terkenal. Besar angan-anganku tetapi kini aku dapat buktikan aku
sudah berani mengatur langkah ke arah itu. Meskipun baru 3 tahun, diriku sudah
pernah mengalami kejatuhan kemudian kebangkitan dan kejayaan. Betullah kata
orang, dalam menempuh kejayaan pasti ada jatuh bangunnya. Terkadang ku berfikir
sampai bila aku mampu bertahan? walaupun belum ku temui jawapannya ,diri cuba
untuk bertahan sebaik mungkin. Mungkin diriku belum berjaya sepenuhnya tapi
insyaAllah nanti jika diberi peluang dan kesempatan masa, pasti boleh peroleh
kejayaan yang lagi besar. Apa yang paling penting sekarang merangka strategi
dan tidak berputus asa. Hidup ini tiada pengakhirannya. Hidupku bukan cerita
novel yang penghujungnya bahawa setelah aku memiliki apa yang aku inginkan,
cerita akan berakhir seperti itu. Berpijak di atas dunia yang nyata kerana tak
selamanya kita memiliki sesuatu itu. Banyak perkara perlu diusahakan lagi.
Tuesday, 22 December 2015
**PROLOG**
Suatu ketika , terkadang diriku merenung ke langit dan
berfikir apa akan berlaku jika aku menceburi ‘Online Business’? Sampai tahap
manakah akan ku capai angan dan impiaku? Siapa bakal membantu aku bangkit
ketika aku jatuh? Dari mana harus ku pelajari bidang ini?
Terdetik semula samada aku sekadar memasang angan-angan atau
sememangnya aku mampu memberanikan diri membuat keputusan sendiri dalam perkara
ini? Satu per satu dugaan yang bersilih ganti datang ketika aku mula mengorak
langkah. Mungkinkah aku terlalu memandang rendah apa akibat aku melakukan
sesuatu perkara ini? Perkara itu? Mungkin aku perlu berfikir sejenak dan
menilai semula apa yang telah aku lakukan dan apa yang bakal ku tempuhi?
Subscribe to:
Posts (Atom)

