
Beberapa hari ini asyik hujan menyukarkan aktiviti harianku..
Susah nak pergi kelas atau kemana-mana, kalau tak memang basah kuyup la jawabnya.. kenaplah sha tak reti dan tiada keberanian lagi nak 'drive' , kalau tak mesti mudah nak kemana-mana.
Ada sesetengah tempat sekitar Bangi-Kajang ini mulalah banjir bila hujan tak henti. Kesian kat orang lain yang nak pergi kerja atau keluar cari rezeki.
Basuh baju? mestilah basuh. tapi.. Kain baju sha semua tetap lembap selepas basuh. Ambil masa 2 hari untuk kering.
Paling sha rasa tak selesa apabila sha asyik terbesin ,biasalah alah sikit dengan cuaca sejuk. Setiap malam pun sha jarang 'on' kan kipas atau aircond, dah terlebih sejuk rasanya sampai pakai dua selimut.