Monday, 16 November 2015

HUJAN




Beberapa hari ini asyik hujan menyukarkan aktiviti harianku..

Susah nak pergi kelas atau kemana-mana, kalau tak memang basah kuyup la jawabnya.. kenaplah sha tak reti dan tiada keberanian lagi nak 'drive' , kalau tak mesti mudah nak kemana-mana.

Ada sesetengah tempat sekitar Bangi-Kajang ini mulalah banjir bila hujan tak henti. Kesian kat orang lain yang nak pergi kerja atau keluar cari rezeki.

Basuh baju? mestilah basuh. tapi.. Kain baju sha semua tetap lembap selepas basuh. Ambil masa 2 hari untuk kering.

Paling sha rasa tak selesa apabila sha asyik terbesin ,biasalah alah sikit dengan cuaca sejuk. Setiap malam pun sha jarang 'on' kan kipas atau aircond, dah terlebih sejuk rasanya sampai pakai dua selimut.


Nak online pun ada kaitan dengan cuaca hujan ke?
Mestilah ada kaitan. Bila cuaca hujan je , bila duduk rumah, sangatlah membosankan so kerja yang boleh dan best dilakukan adalah tidur.. Hihi
Siaran TV tidak boleh on, nak online internet pun lambat sangat line. Agak menyukarkan juga untuk check email , cari info kerja tugasan. Melambak ini kerja tak sempat siap. Inilah padahnya bila bercuti sakan. Hihi

Korang nak tahu sha pergi bercuti kat mana je masa seminggu ini walaupun musim hujan? Nanti sha share info ya. Bacalah post selepas ini.Best tu memang best, siap bawa laptop buku time bercuti tapi satu habuk pun tak tersentuh. Hihi alahai teruknya sha kan, terleka asyik bercuti.

Tapi perlu beringat hujan itukan rahmat. Mungkin bagi sesetengah orang seperti sha menganggapnya mendatangkan kesulitan tapi bagi sesetengah orang mensyukuri hujan yang turun. Tapi biasalah ssha pun manusia biasa tak lepas dari merungut semua. Hihi.

Kolej-kolej kediaman yang selalu ada masalah air tu, kira satu rahmat la hujan asyik turun , sekurang-kurangnya bekalan air ada.

Kira ok lah hari hujan, Alhamdulilah jerebu pun dah tak muncul-muncul . Jerebu lagi teruk daripada hari hujan.


Apa yang anda perlu lakukan semasa musim hujan?

'Sediakan payung sebelum hujan'

Jom amalkan baca doa ini ketika hari hujan.