Tuesday, 22 December 2015

MOTIVASI DIRI

FINAL EXAM
Takutnya? Menggigil? Gementar? Rasa tidak bersemangat? Tidak bersedia?
Inilah yang ku rasakan sekarang.

Bagaimana untuk memotivasikan diri?
Maka , mulalah jari jemariku menekan papan kekunci mencari tips daripada ‘pak Google’. Meh sha kongsikan hasil dapatan sha . Banyak tips, juling mata sekejap.

Bagi yang dah tak sabar2 nak pastikan hari ini lebih baik daripada semalam, satu perkara yg wajib kita buat ialah muhasabah diri. Namun, kalau sebut muhasabah ni terkadang buat kita lagi down daripada bersemangat.
Puncanya mudah, ada sedikit salah faham & silap teknik yg kita amalkan selama ni.
Apa cara yg sepatutnya? 

Kena lah tonton video ni CARA MUHASABAH DIRI
Sesiapa yg amalkan 3 tips dalam video ni setiap kali muhasabah; semestinya anda excited nak bangun pagi keesokan harinya.

Inginkan tips lain?


KESAL - PENGURUSAN PRODUK?

Sha ingin berkongsi cerita daripada pengalaman sha sendiri dalam menajdi stokis produk minyak wangi yang menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini. Sha bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa cuma sekadar luahan perasaan mengenai pengurusan tersebut. Sha sedar hakikatnya sha masih seorang pelajar dan masih banyak perlu dipelajari berbanding dengan artis tersebut owner kepada produk itu yang telah mencapai jualan cecah jutaan ringgit tapi adakah disebakan ingin mengaut keuntungan yang begitu tingi sehingga pengurusan mereka menjadi tidak teratur? Produk yang banyak permintaan mungkin disebabkan harganya yang murah dan dimiliki oleh selebriti terkenal tapi menyusahkan dan membuat orang lain bengang?

Produk apa ini??


Permintaan melebihi penawaran? Kenapa pihak pengurusan tetap mengambil semua tempahan ‘pre-order’ tanpa meletakkan limit maximum order setiap bulan? Entah dimana silapnya tapi yang menanggung akibat pengurusan seperti itu adalah stokis dan agen. Rasa kasihan melihat stokis dan agen dikecam oleh pelanggan akibat delay yang begitu lama sehingga 3 bulan. Tidak salah rasanya sebagai pihak pengurusan untuk tampil ke depan dan memohon maaf bukannya menuding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan atas isu tersebut. Kenapa perlu keluarkan kuantiti sebegitu banyak tetapi kualiti produk dan kualiti pengurusan tetap tidak dijaga?

**EPILOG**

Anganku untuk menceburi bidang perniagaan akhirnya tercapai. Hakikat memang gembira namun ternyata bukan semudah yang ku fikirkan. Aku sangat meminati bidang ini dan acap kali terbayangkan diri menjadi ahli pernigaan terkenal. Besar angan-anganku tetapi kini aku dapat buktikan aku sudah berani mengatur langkah ke arah itu. Meskipun baru 3 tahun, diriku sudah pernah mengalami kejatuhan kemudian kebangkitan dan kejayaan. Betullah kata orang, dalam menempuh kejayaan pasti ada jatuh bangunnya. Terkadang ku berfikir sampai bila aku mampu bertahan? walaupun belum ku temui jawapannya ,diri cuba untuk bertahan sebaik mungkin. Mungkin diriku belum berjaya sepenuhnya tapi insyaAllah nanti jika diberi peluang dan kesempatan masa, pasti boleh peroleh kejayaan yang lagi besar. Apa yang paling penting sekarang merangka strategi dan tidak berputus asa. Hidup ini tiada pengakhirannya. Hidupku bukan cerita novel yang penghujungnya bahawa setelah aku memiliki apa yang aku inginkan, cerita akan berakhir seperti itu. Berpijak di atas dunia yang nyata kerana tak selamanya kita memiliki sesuatu itu. Banyak perkara perlu diusahakan lagi. 

**PROLOG**


Image result for CERITA HIDUPKU



Suatu ketika , terkadang diriku merenung ke langit dan berfikir apa akan berlaku jika aku menceburi ‘Online Business’? Sampai tahap manakah akan ku capai angan dan impiaku? Siapa bakal membantu aku bangkit ketika aku jatuh? Dari mana harus ku pelajari bidang ini?

Terdetik semula samada aku sekadar memasang angan-angan atau sememangnya aku mampu memberanikan diri membuat keputusan sendiri dalam perkara ini? Satu per satu dugaan yang bersilih ganti datang ketika aku mula mengorak langkah. Mungkinkah aku terlalu memandang rendah apa akibat aku melakukan sesuatu perkara ini? Perkara itu? Mungkin aku perlu berfikir sejenak dan menilai semula apa yang telah aku lakukan dan apa yang bakal ku tempuhi?


Sunday, 6 December 2015

SHARING MY FAVOURITE WEB/BLOG

Mesti ramai tak tahu sha ada sediakan satu bahagian khas dalam blog ini untuk anda semua. Sha ingin berkongsi beberapa laman sesawang atau blog yang menjadi kegemaran sha. Anda semua bolehlah jenguk lawati website yang sha senaraikan dalam ruangan 'JOM LAWAT'

Pasti anda semua tidak menyesal dan tak rugi apa-apa pun. Laman sesawang tersebut menjadi pilihan sha dan pilihan ramai. Kebanyakkannya memang terkenal terutama Penulisan2u. Ketika sha bosan dan ada masa terluang, memang sha akan ke laman sesawang tersebut untuk baca novel dan cerpen terkini. Sangat menarik.

Sesiapa yang suka sangat jadi Mak Jemah tukang gosip, memang sesuai sangatlah link info semasa dan hiburan yang sha sediakan. Tak susah pun, klik je dan anda akan sampai terus ke pautan tersebut.

Anda ingin melancong atau bercuti? Tak cukup info? Jenguk je kat link percutian yang sha berikan,sangat bermanfaat terutama TRIVAGO. Segalanya ada. Tempahan penerbangan, hotel, aktiviti dan lain-lain

InsyaAllah sha akan keep on update link terbaru di ruangan tersebut.

JOM LAWAT MY FAVOURITE LINK !! ENJOY MY BLOG..

SINGKATAN S.A (SUKA AIS)

AIS ?
Ya.

Sha penggemar minuman sejuk berais batu. Tak kira bila atau dimana sahaja, minuman sha mesti ada ais. Bagi sha rasa tak lengkap jika tiada ketulan ais didalamnya.

Ais membahyakan kesihatan?
Ais mampu membuatkan kita menghidap beberapa penyakit. Nak lebih info? Meh baca blog ini Maashimaru.

Hakikatnya memang betul tapi bila dah jadi tabiat, sangatlah sukar untuk sha buang tabiat campurkan ais dalam minuman. Kekadang sha akan kunyah makan begitu sahaja, seolah-olah macam makan gula-gula. Selain ketulan ais batu, sudah tentu sha ini penggemar aiskrim. Apa jua jenis ais pastinya sha sukakannya. 

Lebih selamat jika kita buat bekukan air menjadi ais sendiri berbanding kita beli kerana belum tentu yang kita beli mereka menggunakan air yang bertapis atau air minuman untuk membuat ketulan ais.

M = MINUMAN PELIK !

Jika tadi cerita MAKANAN PELIK, sekarang kita kongsi minuman pula. Bila ada makanan, mestilah ada minuman, nanti tercekik pula kalau tiada. Hihi.

Ah bestkan tajuk kali ini. Mesti ramai tertanya-tanya apa antara minuman pelik yang sha akan paparkan. Mungkin bagi anda ,minuman ini bukan pelik tetapi bagi sha cukup pelik. 
Ada yang tak dapat digambarkan. Ada yang dah sha cuba buat sendiri dan menjadi minuman kegemaran. Tapi ada yang perasa berkombinasi pelik tapi sedap. Serius sedap.

PELIK TAPI SEDAP?

Stay tuned!
1
2
3

Taraahh.. Mempekenalkan 5 minuman pelik bagiku.. Kalau nak lebih info, tanya pak ‘Google’ , taip nama minuman tersebut, keluar bermacam info.


MAKANAN PELIK !


Sebenarnya banyak makanan pelik yang telah dicipta dan direka tapi yang pelik itulah yang menjadi igauan penggemar makanan. Tak percaya? Anda patut jalan-jalan cari makan bila anda ada masa terluang, memang menarik tertarik kalau anda semua dapat jumpa makanan pelik tapi SEDAP..