Thursday, 5 November 2015

Akhirnya, aku dapat MENTOR ..

Cuba tengok tajuk post kali ini.

Hihi..

Honestly teruja dan gembira juga. Syukur Alhamdulilah. Yelaa ingatkan takkan dapat sampai habis pengajian.

Mesti korang tertanya-tanya siapalah yang sudi jadi mentor kat budak bermasalah ini kan??

Someone yang ku kenali dan rasanya dia boleh membimbing aku sebab sikap dan perangai dia macam mak aku. Beliau seorang yang tegas dan kuat membebel tapi melucukan dan kelihatan penyayang. hihi. Bebel bukan sebarang bebel, bebelan nasihat tu. Sha paling suak dengan sikap beliau yang ambil berat. Sesiapa tak datang kelas dia, dia amil berat sangat kenapa tidak hadir, balik kampung atau tidak dan sebagainya.

Mentor sha yang baru untuk pengajian ini adalah ...

>Dr. Rubayah Yakob<

Beliau tak tua sangat. Muda lagi. Sha suka nampak beliau, lawa macam mak sha. Ikhlas puji. Hihi. Sha tak kenal sangat secara peribadi tentang mentor sha ini. Tahu sedikit info sahaja.
Mentor sha ini merupakan pensyarah bagi subjek penyelidikan perniagaan. Sha suka cara dia mengajar, memang fokus dan tidak membosankan. Meriah je kelas tu macam kelas dengan Sir Azwan juga. Walaupun jumlah pelajar sedikit tapi best, at least taklah sha akan main phone atau online time pensyarah mengajar. Maaf ampun kepada semua pensyarah. Hihi. Lumrah pelajar bila berada di kelas yang membosankan.



Sekarang ini, sha agak segan nak jumpa dia. Bukan sha tak pernah jumpa, setiap minggu jumpa. Tapi nak jumpa sebagai sseorang mentee tu yang segan sikit. Tapi macam nasihat Sir Azwan, kita kenalah jumpa mentor kita jangan sampai berlaku apa-apa yang buruk atau nak konvo dah baru nak jumpa mentor. Betul jugalah kata-kata sir tu.

Tapi kan..

Apa yang sha perlu katakan kalau jumpa beliau? Sha tak pernah terlibat dengan mentor-mentee di UKM ini jadi tak seberapa tahu dan tak seberapa faham dengan sistem ini.

Takpelah ,yang penting kita pergi jumpa perkenalkan diri. Harap-harap beliau bolehlah bantu sha yang ada masalah akademik ini sedikit. Syukur jugalah semester ini, sha tiada ponteng kelas dah macam dulu. InsyaAllah cuba sebaiknya siapkan tutorial dan semua tugasan yang diberikan.



No comments:

Post a Comment