Tuesday, 22 December 2015

MOTIVASI DIRI

FINAL EXAM
Takutnya? Menggigil? Gementar? Rasa tidak bersemangat? Tidak bersedia?
Inilah yang ku rasakan sekarang.

Bagaimana untuk memotivasikan diri?
Maka , mulalah jari jemariku menekan papan kekunci mencari tips daripada ‘pak Google’. Meh sha kongsikan hasil dapatan sha . Banyak tips, juling mata sekejap.

Bagi yang dah tak sabar2 nak pastikan hari ini lebih baik daripada semalam, satu perkara yg wajib kita buat ialah muhasabah diri. Namun, kalau sebut muhasabah ni terkadang buat kita lagi down daripada bersemangat.
Puncanya mudah, ada sedikit salah faham & silap teknik yg kita amalkan selama ni.
Apa cara yg sepatutnya? 

Kena lah tonton video ni CARA MUHASABAH DIRI
Sesiapa yg amalkan 3 tips dalam video ni setiap kali muhasabah; semestinya anda excited nak bangun pagi keesokan harinya.

Inginkan tips lain?


KESAL - PENGURUSAN PRODUK?

Sha ingin berkongsi cerita daripada pengalaman sha sendiri dalam menajdi stokis produk minyak wangi yang menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini. Sha bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa cuma sekadar luahan perasaan mengenai pengurusan tersebut. Sha sedar hakikatnya sha masih seorang pelajar dan masih banyak perlu dipelajari berbanding dengan artis tersebut owner kepada produk itu yang telah mencapai jualan cecah jutaan ringgit tapi adakah disebakan ingin mengaut keuntungan yang begitu tingi sehingga pengurusan mereka menjadi tidak teratur? Produk yang banyak permintaan mungkin disebabkan harganya yang murah dan dimiliki oleh selebriti terkenal tapi menyusahkan dan membuat orang lain bengang?

Produk apa ini??


Permintaan melebihi penawaran? Kenapa pihak pengurusan tetap mengambil semua tempahan ‘pre-order’ tanpa meletakkan limit maximum order setiap bulan? Entah dimana silapnya tapi yang menanggung akibat pengurusan seperti itu adalah stokis dan agen. Rasa kasihan melihat stokis dan agen dikecam oleh pelanggan akibat delay yang begitu lama sehingga 3 bulan. Tidak salah rasanya sebagai pihak pengurusan untuk tampil ke depan dan memohon maaf bukannya menuding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan atas isu tersebut. Kenapa perlu keluarkan kuantiti sebegitu banyak tetapi kualiti produk dan kualiti pengurusan tetap tidak dijaga?