Kali
ini Sha bawakan tips yang dapat membantu agar percutian anda menjadi lebih
mudah, santai dan meriah.
TIPS 1
.
.
2
.
.
3
LET'S GO..
TIPS 1
.
.
2
.
.
3
LET'S GO..
PERANCANGAN
PEMILIHAN TEMPAT
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri
dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul
negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian
anda. Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan
tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik
berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis
pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.
PENGANGKUTAN
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang
ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti
dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta
pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut
bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat. Apabila anda
bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan
perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru,
anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan
dibahagikan secara adil beramai-ramai.
PETA
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan
anda mendapatkan peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang
jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang
telah anda tetapkan sebelumnya. Download peta sebelum anda keluar dari hotel,
off wifi, tukar mode smartphone ke airplane mode. Kini anda boleh menjelajah dengan
gps yang berfungsi tanpa internet. Google maps boleh digunakan tanpa internet
sebenarnya. Caranya taip OK MAPS. Maps yang sedang anda lihat akan di simpan
dalam smartphone anda dan kini ia boleh digunakan offline.
TEMPAHAN AWAL
Buat carian dengan menggunakan private
window (browser mozilla firefox)atau new ignito window (chrome) bila
anda sedang mencari tiket kapal terbang dan hotel. Ada travel website yang
menyimpan tracking carian anda dan menaikkan harga kerana anda pernah membuat
carian yang sama di laman web mereka sebelum ini.
Lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas
lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah
sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah.
Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan
lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian
anda.
p/s : Cuba dapatkan tempat duduk berhampiran dengan sayap kapal
terbang untuk mengurangkan turbulance dan goncangan terutamanya bagi sesiapa
yang cepat mabuk.
BAJET PERBELANJAAN
MENABUNG
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti.
Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan
duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus
fokus pada perancangan anda.
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti,
termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli.
Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal
perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui
kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut
bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi
mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang
asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.
DANA KECEMASAN
Simpan 20% daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk
dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang
tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini
juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah
terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.
PERSIAPAN BARANGAN KELENGKAPAN
DOKUMEN PENTING
Pastikan anda semak kad pengenalan dan passport anda. Semak tarikh
tamat passport untuk mengetahui status passport anda. Sila buat salinan
hardcopy termasuklah tiket penerbangan anda. Pastikan passport anda masih
sah. Sah dengan erti kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup
dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata
tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan.
Sila berhati-hati.
Scan semua dokumen penting sebelum anda keluar
travel. Simpan scan copy passport, travel insurance dan lain-lain dokumen
penting dalam email, smartphone atau notebook anda. Jika sekiranya dokumen
penting ini hilang, anda masih ada salinan yang sangat membantu sewaktu anda
diluar negara.
PAKAIAN
Gulung baju anda untuk lebih ruang di dalam
beg. Jika ada antara baju anda yang perlu dilipat, salah satu cara untuk
kurangkan kedut pada baju adalah dengan meletakkan tisu di celah lipatan. Bawa
pakaian yang perlu sahaja, yang boleh dipakai berulangkali, ringkas,
bersesuaian dengan keadaan dan tidak mudah kusut. Memudahkan tidak perlu
mencari seterika. Jika perlu kurangkan pakaian, maka kurangkan. Ini bagi memudahkan
untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda
‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak.
Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita.
BEKAS KECIL
Gunakan bekas kecil sebagai bekas menyimpan
produk penjagaan kulit anda. Jangan lupa letakkan label. Nanti susah pula
anda nak pastikan mana satu losyen tangan, mana satu pula losyen muka.
Perempuan lah katakan, harus mahu kekal jelita terutama sebelum snap gambar di
lokasi percutian. Perlu diingatkan berat sebotol tidak boleh melebihi 50ml
kerana bagi mengelakkan dirampas semasa pemeriksaan sekuriti. Sebaiknya simpan dengan baik tiub ubat gigi
dan lain-lain bekas bersaiz kecil yang anda gunakan untuk travel. Jika anda
travel lagi di masa depan, tak perlu beli baru. Hanya perlu tambah saja
kandungan nya. Bekas pil / ubat juga boleh digunakan untuk menyimpan
perhiasan seperti gelang, rantai dan subang – agar barang-barang ini tidak
bersilang dan terpintal antara satu sama lain.
PERALATAN ELEKTRONIK
Sila bawa bersama charger travel set anda.
Jika tidak bersesuaian dengan kepala plug anda, anda boleh mengecasnya
menggunakan port USB TV. Selain itu, bawalah extension bersama anda.
OLE-OLE/
BUAH TANGAN
Buat
penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah
berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang
kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli
keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan.
Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama. Barang-barang
yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja
orang yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya passport kita ada di dalam beg
kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak. Jadi berhati-hati. Jangan
kerana kelapaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.
P/S : Anda boleh
jadikan tip ini sebagai panduan. Semoga ianya bermanfaat untuk anda. Jom
mengembara. Jauh perjalanan, luas pengalaman, luas pengetahuan.
By,
Echa Syachah





No comments:
Post a Comment