Tiada idea?
Rambang mata?
Inilah yang sha rasa sekarang. KELIRU. Tak tahu nak cari hadiah apa yang istimewa untuk hadiahkan kepada seseorang sempena MAJLIS KONVOKESYEN.
Cadangan hadiah menarik :
* JAM (Rambang mata)
* SET DOMPET (Tak reti pilih)
* BAJU KEMEJA (Banyak baju besar.Huhu)
* KASUT (Tak tahu saiz. Huhu)
* EMAS GOLDBAR (Amboii tak kaya nak beli ini)
* GADJET (Rasanya bagus sha beli utk diri sendiri dulu yg ini. Hihi)
* PAKAIAN DALAM (haha. Ini tak boleh, sensitif, tapi rare, ini cadangan karut)
* PAKAIAN DALAM (haha. Ini tak boleh, sensitif, tapi rare, ini cadangan karut)
So apa masalahnya? Mesti kamu tertanya-tanya juga kan?
Sha tak reti bab nak pilih jenama dan jenis barang-barang tu. Memang 'fail' bab ini. Sha sampai kat Midvalley dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang tapi sha tak tahu nak pilih mana satu bila terlalu banyak pilihan. Alahai. Sha keluar masuk kedai, susahnya nak pilihkan hadiah. Terlalu banyak yang sshaa fikirkan, takut si kawan tu tak suka ke, tak kena dengan citarasa dia ke. Risau juga.
Nasib baiklah ada kawan baik sha sorang nie bantu pilihkan bagi pandangan. Kalau nak harapkan sha memang tiada terbeli jawabnya. Hihi. Tapi betul juga kata-kata Si Jia yang sha sebenarnya terlebih risau terlebih fikir sedangkan si penerima hadiah tu bukanlah jenis orang yang cerewet. Sha sebenarnya nak la belikan something yang berguna dan istimewa memandangkan sekali seumur hidup raihkan majlis sedemikian.
Akhirnya, sha telah memilih sebuah JAM TANGAN SWATCH (DREAM NIGHT) untuknya. Lawa tampak ekslusif jam tu, harap-harap sesuai dengan si dia yang dah bergelar orang bekerjaya. Semoga sentiasa sukses.
SWATCH (DREAM NIGHT) - Gambar sumber Google
Inilah rupa jam tu, lawa kan. Wow. Tak snap gambar haritu, terus balut. Hihi.
Sesiapa yang senasib dengan sha tak tahu nak berikan hadiah apa tak kisah untuk event apa, hadiahkanlah jam. Kalau boleh, belilah yang ORIGINAL sebab lebih berkualiti , tahan lama dan ada waranti. Sangat berbaloi.
Nak tahu cerita lagi best tak?
Sha dijemput masuk sebagai wakil keluarga untuk melihat sendiri Majlis Konvokesyen yang berlangsung di dalam dewan nanti. Terharu pun ada. Siapalah sha ni sepatutnya nak masuk dalam kan, apa-apapun terima kasih sangat. Tak pernah lagi nampak depan-depan secara nyata bagaimana suasana Majlis konvokesyen. Ramai kata bosan. Hihi. Tapi takpe, bagi sha itu pengalaman baru. Semoga sha pun boleh berjaya menamatkan pengajian.

