
Inilah
sebahagian dunia perniagaan yang ku ceburi. Perniagaan kosmetik. Sebenarnya
baru hampir setahun aku berjinak dalam perniagaan kosmetik tapi syukur
Alhamdulilah banyak pengalaman telah ku perolehi.
Baru-baru
ini kami mengadakan ELSA FAMILY DAY. ELSA PINKY merupakan sebuah rangkaian
produk kosmetik online masa kini. Sha rasa bersyukur sangat dapat kenal dan
turut serta dalam Team Elsa yang sangat sporting & best. Memamg enjoy sangat, dengan pelbagai makanan ,hari hujan paling best bila ramai-ramai stay bersembang berkongsi cerita berendam tanpa mempedulikan hujan. Hihi mula-mula dulu agak kekok dan segan dengan mereka kerana rata-rata mereka semua sudah berkeluarga dan lebih tua daripaada Sha, so kenalah hormat. Percaya tak Sha
adalah antara Stokis Elsa Pinky yang paling muda.
Itulah
hakikatnya. Jutaan terima kasih kepada Pengasas rangkaian produk ini, kak
Norul Asmalini atas peluang dan tunjuk ajar selama ini. Bukan mudah bergelar
seorang stokis namun Sha memberanikan diri untuk turut serta merebut peluang
ini. Alhamdulilah bermula sebagai dropship akhirnya bergelar Stokis, Sha mampu
menjana pendapatan yang membolehkan Sha menampung yuran pengajian dan keperluan
Sha. Sha dapat menang hadiah cabutan bertuah time family day ini. Sha juga
dapat hadiah untuk JUALAN TERTINGGI BULAN OGOS bersama Kak Sara. Syukur sangat,
memang tak sangka sangat-sangat. Dapat beg FILA, lawa. Terima kasih kepada owner
ELSA PINKY.
InsyaAllah
lepas ini kena usaha keras dan buat yang terbaik bila kita dah diberikan
amanah. Setelah beberapa bulan bersama team rangkaian produk ini, melihat
proses perkembangan sesuatu produk , pembangunan produk baru dan cara pemasaran
yang digunakan memang sangat memberikan pengetahuan tambahan, rasa macam dah ada produk sendiri. InsyaAllah jika ada sumber kewangan yang kukuh untuk dijadikan modal, nanti Sha akan keluarkan dan lancarkan produk keluaran sendiri. Buat
masa ini, Sha ingin fokus belajar dan berusaha kumpul modal serta pengalaman
kerana jatuh bangun dalam perniagaan sangat tiggi risikonya dan memberi impak
yang besar.
p/s
: Doakan Sha menjadi ‘busineswoman’ yang berjaya suatu hari nanti.
By,
Echa
Syachah



