Sunday, 18 October 2015

SIAPAKAH DIRIKU ??






Mungkin ramai yang tidak mengenali diriku, of course lah kan, Sha bukannya artis sampai nak jadi orang terkenal & popular.. Hihi..
                                        *AKU HANYA AKU*
                                        INILAH DIRIKU
INILAH HIDUPKU
INILAH  ‘THE JOURNEY OF SYACHAH’S LIFE’.


Nama diberi SITI AISHAH, mesti biasakan dengar nama seperti ini. So what make me different from others? Hihi.. Dengan itu, boleh panggil Syachah @ Echa … Comel je nama gelaranku kan.. Secomel orangnya. Haha confirm siapa yang baca kata sha  ‘PERASAN’. Siapa lagi nak puji & hargai diri kita kalau bukan kita sendirikan. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan, mana boleh cakap diri kita @ orang lain buruk. Setiap yang dijadikan Allah itu adalah sangat unik & indah.


Sha datang daripada keluarga yang sederhana tapi sha tetap sayang keluarga sha. Rindunya pada mereka terutama yang berada di Sabah. Kalau sesiapa yang tak kenal Sha, ah meh Sha inform... Sha dilahirkan & membesar di Tawau, Sabah. Kedua-dua ibu bapa Sha berasal daripada Indonesia dan telah menetap lama di Malaysia dan mendapat kerakyatan Malaysia. So bila duduk merantau , faham-fahamlah hanya mampu balik sekali dua ke sana. Huhu. Dah-dah tak nak sedih-sedih.  InsyaAllah ada rezeki boleh balik selalu, jomlah korang datang Sabah, banyak tempat menarik & kepada penggemar makanan laut, Sabah memang terkenal sebagai ‘Syurga Makanan Laut’ bak kata wartawan Majalah 3 itu. Sesiapa nak pesan apa-apa makanan laut ke atau kuih , keropok, ikan masin , ikan kering atau lain-lain boleh bagi pesanan  pada sha bila sha balik Sabah. Jangan lupa cas penghantaran + cas perkhidmatan + cas GST . Hihi gurau je. InsyaAllah Sha bantu apa yang termampu.


Sedapkan .. Jangan terliur.. Harga sangat murah..


Basically, I’m still young.. Oppss.. That’s true.. I’m 22 years old.. Muda kan lagi? Perjalanan hidup pun insyaAllah panjang lagi tetapi ajal maut itu di tangan Tuhan. Selagi kita bernyawa, tunaikan tanggungjawab kita & kumpul seberapa banyak pengalaman. Sesungguhnya, pengaalaman itu adalah Guru Terbaik.
Sha agak manja & pemalu.. Hihi jangan hairan kalau sha jadi pendiam ke.. Sha manja dengan orang tertentu je..  Bukan manja gedik ok..  Sha anak bongsu dalam adik-beradik sha , mungkin itu salah satu faktor sha jadi manja.. Tak pasti kesahihannya. Tapi sha bersyukur semanja-manja sha, sha boleh hidup berdikari dan bukannya bergantung pada keluarga sepenuhnya terutama hal berkaitan duit. Itulah cara mak sha didik sha . Sha tabik pada mak sha. Dia tak limpahkan kami dengan wang ringgit , Alhamdulilah taklah boros jadinya.


Apa lagi nak kongsi cerita ya? Kalau nak bercerita mengenali siapa diri sha rasanya sampai esok lusa takkan habis celoteh sha. If nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi sha.. Haha Setakat ini sahaja celoteh diriku yang tidak hebat tetapi bagiku, tetap terbaik..  Bak kata lecture sha, ‘Average / sederhana lagi baik’. Sha sokong sepenuhnya. Normal life lagi kurang stress.



By,
Echa Syachah