Thursday, 5 November 2015

MAKANAN *Jalan-jalan cari makan*

Anda lapar?
Anda tak tahu dimana nak makan?

Hujung minggu sekali sekala jalan-jalan cari makan di sekitar Bandar Baru Bangi bersama keluarga atau rakan-rakan apa salahnya. Asyik terperuk di rumah dan makan makanan yang sama, mesti bosankan, so Jom kita terokai dan jalan-jalan cari makan di Bandar Baru Bangi.

Tahukah anda semua Bangi terkenal dengan kepelbagaian kedai makanan dari jenis masakan Melayu, Penang, Indon, Mamak, Western, Arab, Korean, Jepun, Thai dan sebagainya. Banyak tempat makan yang boleh dilawati di sekitar Bandar Baru Bangi. Tak rugi datang sini. Ada yang unik & menarik.

Ini antara tempat yang sha pernah pergi dan cadangkan untuk anda semua mencuba makanan-makanan ini. 

yummyy..

Tuesday, 3 November 2015

SESAL -- , --

Lab test?
Susah ke?
Huhu. Sebenarnya tak susah jika tak ‘blurr’ di saat akhir.

Masa awal-awal buka soalan lab test, terfikir sejenak mengapa ku rasakan seperti kenal bentuk soalan ? Tapi sha pun try tidak seberapa mengendahkan sehinggalah sir sendiri Tanya biasa tak nampak bentuk maklumat soalan tu?
Barulah sha yakin tu memang idea tugasan mail merge sha yang pernah hantar kepadanya.

Ketika menyiapkan lab test, agak cuak dan cemas, sehinggakan buat perlahan-perlahan untuk pastikan tiada kesilapan. Disebabkan perasaan cemas, membuatkan sha terlupa beberapa ‘step’ aatau ‘formula’ lagilah tambak cuak. Ditambah dengan kesejukan dalam bilik computer itu membuatkan sha jadi tidak boleh fokus, siap menggigil dah. Maaflah tetapi sha agak sensitive sikit dengan suhu sejuk ini. Alahai kalau macam ini, memang payahlah kalau travel ke negara sejuk. Hihi.